Tahun Pertama Sebagai Budak PJJ

Tahun pertama adalah tahun blurr dan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bak kata Dr. Ramanathan, bekas pensyarah di USM tahun pertama kebiasaannya pelajar umpama baby, siapa yang berjaya harungi rintangan akan berjaya meneruskan pengajian dan kebiasaannya kebanyakan pelajar keputusannya biasa-biasa sahaja. Memasuki tahun kedua pelajar telah mula celik mata dan pensyarah pun dah boleh mula lihat taring pelajar masing-masing. Masuk tahun ketiga dan keempat dah expert dan taring tu pun dah kelihatan dengan jelas. 

Menurut Dr. Rama, kebiasaannya, masuk tahun ketiga rata-rata pelajar telah mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada keputusan peperiksaan masing-masing. Hakikatnya, nasihat saya dan juga salah seorang pensyarah saya iaitu Dr. Khairiah Salwa Mokhtar adalah sekiranya anda bercadang untuk menggenggam ijazah kelas pertama, seharusnya perjuangan telah bermula saat di tahun pertama lagi.

Dua buah buku yang dihasilkan oleh Dr. Rama dan rasa bertuah bila dapat berguru dengan Dr. Rama sendiri. Dr. Rama biasanya pada awal-awal student akan stress tp last-last dirindui.


 Terdapat 8 subjek yang saya ambil semasa tahun pertama iaitu :-

  1. Pengantar Antropologi dan Sosiologi
    Sebenarnya pada tahun 2008, saya pernah menyambung pengajian secara PJJ di USM dengan memilih major dalam bidang Antropologi dan Sosiologi tetapi berhenti setelah beberapa bulan mengikuti pengajian. Alasan saya ketika itu, saya tidak bersedia, tidak jelas dan tidak faham apa itu Antropologi dan Sosiologi. Kebetulan, orang sekeliling saya pun buat terkejut bila dengar perkataan Antropologi dan Sosiologi.

    Hakikatnya, antopologi dan sosiologi ada mirip sedikit dengan kaunseling dan bidang ini adalah untuk mempelajari perubahan di sekeliling kita. Contohnya perubahan budaya, kesan industri terhadap kehidupan masyarakat, agama, devian dan sebagainya. Saya mula minat pada subjek ini pada tahun ke-3 apabila mengambil subjek Isu-Isu Perbandaran Di Negara Membangun oleh Dr. Suresh. Pensyarah subjek ini ketika itu adalah Puan Soijah Likin.
  2. Pengantar Ekonomi
    Saya amat kagum dengan kesungguhan pensyarah subjek ini iaitu Dr. Yen Siew Hwa. Eknomi bukanlah subjek pilihan saya dan saya amat-amatlah blurr mengikuti subjek ini. Namun, melihat kesungguhan dan ketekunan Dr. Yen Siw Hwa, di penghujung tahun saya mula jatuh cinta dengan subjek ekonomi sehingga berura-ura untuk mengambil minor Ekonomi tetapi tidak kesampaian kerana matematik dan saya tidak sepadan. 

    Untuk subjek ini, saya terpaksa mengambil usaha lebih dengan mempelajari subjek ini bersama pelajar yang sedang praktikal di ofis saya ketika itu, kebetulan dia pun ambil ekonomi, ulangkaji bersama suami dan tidak dinafikan dua tiga kali juga mengetuk bilik Dr. untuk mempelajarinya sendiri. Gitu gini, saya cuma berjaya peroleh B+ sahaja tapi oklah dengan saya yang zero bab ekonomi ketika itu. 

  3. Kaedah Penyelidikan
    Tidak dinafikan ini adalah subjek yang sangat-sangat memboringkan untuk saya. Masuk tahun ke-4 baru saya faham kegunaan subjek ini. Pada pandangan saya, subjek ini sesuai di ajar kepada pelajar tahun 3. Macam budak-budak pengurusan PJJ, mereka mengikuti subjek ini pada tahun ke-3 tetapi nama subjek dikenali sebagai Kaedah Penyelidikan Perniagaan. Macam saya kata, masuk tahun ke-3 mata dah celik habis, barulah kefahamannya pun meningkat.

    Subjek ini sangat-sangat berguna apabila masuk tahun akhir dan masing-masing perlu siapkan project paper / Analisis Politik Semasa untuk budak sains politik dan kalau budak pengurusan disebutnya Projek Pengurusan. 
  4. Penghantar Sains Politik

    Subjek ini diajari oleh Dr. Ramanathan sendiri atau lebih mesra dikenali sebagai Dr. Rama. Subjek yang memperkenalkan kita kepada politik, kerajaan dan pelbagai ilmu-ilmu berkaitan politik. Secara peribadi saya merasakan buku ini agak sukar untuk saya fahami tetapi Dr. Rama juga mempunyai kesungguhan macam Dr. Yen Siew Hwa bagi memastikan pelajarnya memahami subjek yang diajarkan. Bagi Dr. Rama, bukunya itu adalah kitabnya dan dia selalu menyatakan bahawa bukunya ini adalah seumpama batu nisan kuburnya nanti.

    Objektif Kursus ini  ketika saya mengikutinya pada tahun 2012 dan mungkin jua objektif ini telah berubah ketika ini:-
    • Mengenali bidang sains politik secara umum dengan mengambil kira asal- usul dan evolusi politik, kaedah‑kaedah pengajian dan bidang kecil sains politik.
    • Memahami dan menguasai konsep‑konsep utama politik.
    • Menguasai idea‑idea utama atau ideologi politik yang mendasari kehidupan manusia. Di antaranya ialah idea demokrasi, liberalisme, sosialisme, Marxisme dan sosialisme Islam.
    • Memahami proses penyertaan politik dan perkara-perkara yang mempengaruhi tingkah laku politik manusia.
  5. Hubungan Etnik

    Subjek yang fokusnya adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya.
  6. Pendidikan Jarak Jauh dan Literasi Komputer
    Ini pula subjek untuk memperkenalkan pelajar dengan segala peralatan, perisian, output dan input berkaitan komputer, internet dan sebagainya. Almaklumla kita nikan pelajar jarak jauh, nak mengikuti kelas pun menggunakan kaedah canggih, sidang video gitu. Jadi, pelajarnya kenala tahu apa yang dimaksudkan dengan segala peralatan yang berkaitan jarak jauh.
  7. Bahasa Malaysia IV

    Seperti biasa mempelajari tatabahasa dan esei, cumanya dia lebih sukar berbanding ketika kita di sekolah dulu.
  8. Tamadun Islam dan Asia (TISA)

    Sebenarnya merupakan satu subjek yang sangat menarik dan ada kaitan dengan pelajar politik. Malangnya secara peribadi saya merasakan kaedah penyampaian yang tidak begitu menarik dan memberangsangkan menyebabkan pelajar tidak begitu berminat dan tambahan lagi ia melibatkan fakta. Mungkin pensyarah perlu memikirkan kaedah lain agar pelajar benar-benar mencapai objektif yang ditetapkan.

    Seperti mana tajuknya, subjek ini memperkenalkan pelajar kepada Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Tamadun Islam memperkenalkan kita kepada tokoh-tokoh hebat Islam begitu juga dengan tokoh-tokoh semasa tamadun Asia.


Akhir sekali pesanan saya adalah, rajin-rajinlah masuk perpustakaan, pinjam dan baca bahan-bahan yang terdapat di dalamnya. Selain itu, rajin-rajin juga untuk membaca segala macam jurnal yang berkaitan subjek yang kita ambik kerana isi-isi dalam jurnal dan buku selain buku teks inilah yang akan membantu kita menjawab semasa peperiksaan nanti dan menyebabkan jawapan kita lain daripada pelajar-pelajar lain. Bayangkanla situasi pensyarah yang menanda hampair 300++ pelajar dengan nada jawapan yang sama iaitu apa yang ada di buku teks sahaja. Sudah tentu sekiranya kita dapat memberikan jawapan yang lebih menarik berserta input-input dari luar pastinya ini akan menarik perhatian pensyarah dan chances untuk dapat markah lebih tentu ada.

Selain itu, setiap pensyarah juga akan berulang-ulang menyatakan jangan copy paste, jangan meniru. Saya pun pada awal-awal jadi keliru, suro rujuk dan ambik kata-kata para ilmuwan, ahli-ahli ilmiah tetapi bila kita buh dalam tugasan kata kita meniru pulak. Contohnya seperti di bawah :-

Situasia A :-
Dalam konteks sejarah, Malaysia telah menerima pekerja asing sejak awal abad ke-20, apabila kerajaan kolonial Inggeris memperkenalkan dasar migrasi liberal.

Situasia B :- 

Dalam konteks sejarah, Malaysia telah menerima pekerja asing sejak awal abad ke-20, apabila kerajaan kolonial Inggeris memperkenalkan dasar migrasi liberal[1].


[1] Rusniah Ahmad, Mohamed Naiem Ajis & Saadon Awang, Permasalahan Pendatang Asing Tanpa Izin di Malaysia Dari Aspek Sosial dan Perundangan, 2014, halaman 174

Kedua-dua situasi diatas jika dilihat secara sepintas lalu sama sahaja tetapi ada bezanya. Situasi A akan menyebabkan pelajar dianggap meniru / copy paste tetapi nombor satu dipenghujung ayat di situasi B menunjukkan bahawa pelajar telah merujuk dan mengambil ayat daripada bahan lain dan dinyatakan sumbernya. Kaedah ini dikenali sebagai nota kaki dan perlu jua dinyatakan di bibliografi nanti.

Saya nasihatkan mana-mana pelajar PJJ untuk mengikuti kelas bibliografi anjuran Perpustakaan Hamzah Sendut, USM bagi lebih memahami maksud dan kedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan bibliografi yang memenuhi piawaian. Pihak perpustakaan akan membekalkan software yang boleh digunakan untuk menulis bibliografi ini.

Sekian sahaja untuk kali ni dan saya akan menceritakan pengalaman saya semasa tahun ke-2 di post seterusnya.

Comments

  1. thank you puan for sharing, lengkap sangat ni :)
    seronoknya dapat lect Dr Rama, saya suka baca buku2 dia.. mase 1st year lect sp kami Dr Faridah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama...skrng ni puan da thn brp?

      Delete
    2. saya tahun 3.. boleh saya dapatkan email puan? ade sedikit pertanyaan tentang usm

      Delete
    3. alamat email saya : nnurulnisah@gmail.com

      Delete
  2. puan nk tanya, tgh survey pjj jgk ni..utk kos sains politik ni ada tak math? jem sikit subjek kira-kira ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk major sains politik, matematik hanya akan terlibat sedikit untuk subjek pengenalan asas ekonomi itu pun matematik ekonomi. selain itu, sains politik tidak melibatkan sebarang matematik, hanya melibatkan fakta. Mungkin tuan kena lihat minor yang tuan nak ambik nanti, klu pilih pengurusan, confirm akan ada matematik.

      Delete
  3. assalamualaikum puan, saya mencari-cari buku teks ini dimerata kedai buku tetapi rata2 sudah kehabisan stok dan tak pasti bila akan ada. puan berminat utk jual pada saya buku ini?

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalan...puan nak buku yg mana satu edisi baru tu ke?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41