Posts

Showing posts from February, 2017

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Image
Post hari ni nak cerita tentang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kita ni budak PJJ USM . Almaklumla dah tua-tua sambung belajar, PJJ le gamatnya. Alhamdulillah telah berjaya menamatkan pengajian pada Jun 2016 dan convo pada Oktober 2016. Suami dan saya sama-sama sambung belajar tapi course yang berbeza. Saya ambik Sains Politik tapi dia pulak minat Pengurusan. Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan : Saya seorang je gegirl disitu 😊 Sekarang ni USM dah buka iklan untuk kemasukan PJJ USM. Siapa-siapa yang berminat boleh buat permohonan sehingga 7 April 2017 . Ni link untuk buat permohonan  https://pohon.usm.my/#close . Sebab utama USM menjadi pilihan di hati adala kerana kedudukan USM yang sangat dekat dengan rumah dan faktor kedua dan penyebab utama adalah kadar yurannya yang sangat murah dan berpatutan. Lagi satu kaedah pembelajaran yang tidak membebankan di mana pelajar tidak diwajibkan hadir pada setiap kelas yang akan diadakan kerana rakaman akan dibuat dan diupload

AbOut My SelF

Image
Untuk first post ini saje nak ceritak tentang diriku ini yang menggambarkan bagaimana tajuk blog ni dicipta. Asal JayBee tapi kini menetap di Pulau Pinang. Bila sebut Penang ni, orang akan tanya duk pulau ke duk seberang. Cheq ni orang pulau, dari rumah cheq boleh nampak KOMTAR, bangunan tertinggi di Pulau Pinang 😁. Mendirikan rumah tangga bersama orang Penang, maka bermulalah kehidupan cheq dari bangsa Johor kepada Penangites. Maka sebab itulah blog ini dinamakan JB to Penang. Dikurniakan dua orang putera sebagi penyeri kehidupan. Blog ni saje-saje je dicreate untuk berkongsi segala rencah kehidupan. Sejak dulu memang minat menulis, darila nak belajar kesusasteraan melayu ke cita-cita menjadi penulis novel yang tak pernah kesampaian dan sekrang ni minat menulis mula bercambah semula apabila dipaksa menulis untuk siapkan assignment 📖💻📃. My Family 💞