Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Memulakan pengajian pada tahun 2012 dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2016. Pelbagai kenangan pahit dan manis dilalui dalam tempoh tersebut yang pastinya telah berjaya mendewasakan diriku ini. Berbalik pada tajuk post ini, saya pun pada awalnya tercari-cari sebanyak mana info yang boleh dapat sebelum memilih sesuatu bidang pengajian. Dari bertanya kepada senior sehinggala melayari pelbagai blog yang menceritakan pengalaman masing-masing. Unfortunately, pada penghujung carian anda, anda pasti akan menemui bahawa setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza, cerita yang berbeza-beza, di mana kesudahannya anda akan tidak faham selagi anda tidak melaluinya sendiri.

Akhirnya saya memutuskan untuk memilih bidang pengajian Sains Politik yang menyebabkan orang disekeliling saya terlopong mendengarnya. What Political Science!!, nak jadi ahli politik ke?. Hakikatnya saya memilih bidang pengajian ini kerana ianya ada menawarkan subjek Pentadbiran Awam yang sangat dekat di hati saya kerana saya juga adalah penjawat awam 😶. Selain USM, UUM juga ada menawarkan bidang pengurusan awam secara PJJ. Boleh juga try.

Antara subjek-subjek yang akan ditawarkan adalah :-

Subjek Universiti
1) English II
2) English III
3) Hubungan Etnik
4) Pendidikan jarak Jauh
5) Bahasa Melayu
6) Teras Keusahawana


Subjek Major
1) Penghantar Sains Politik
2) Pentadbiran Awam
3) Hubungan Antarabangsa
4) Falsafah politik
5) Politik Perbandingan
6) Institusi Politik
7) Isu-isu Terpilih Pentadbiran Awam
8) Politik Masyarakat Majmuk
9) Pembangunan Politik Malaysia
10) Ideologi Dunia Ketiga
11) International Organizations
12) Public Policy
12) South East Asia Politiss
13) Ekonomi Politik Malaysia
14) Analisis Politik Malaysia


Subjek Minor (Minor saya dalah Antropologi dan Sosiologi)
1) Ketidaksamaan Sosial
2) Agama dan Masyarakat
3) Isu Terpilih Perbandaran di Negara Membangun
4) Penyelewengan, Konflik & Pengawalan Sosial

Tapi pada tahun pertama setiap pelajar sains kemasyarakatan perlu ambil ketiga-tiga subjek ini bagi membiasakan belajar dengan sub-sub bidang yang terlibat dalam sains kemasyarakatan.
1) Penghantar Antropologi
2) Penghantar Ekonomi
3)Kaedah Penyelidikan

Pada tahun ke-2 nanti pelajar boleh membuat keputusan nak ambik major antropologi tau sains politik tau ekonomi.

Comments

  1. Thank you for sharing your experience.. That's really helpful👍👍

    ReplyDelete
  2. Assalamu’alaikum … saya dal delima nak memilih antropologi & sosiologi, ekonomi atau sains sosial. Semuanya bidang yg banyak membaca. Antara 3 pilihan yg mana rekomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pilih antropologi, Baru isi borang secara online

      Delete
  3. Thanks for the detailed info !!! Xoxo

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41