Posts

Showing posts from 2017

Sami Buddha dan Sikat

Ini adalah satu kisah pengajaran yang saya dengar di radio THR Raaga pada pagi ini (Isnin, 28/8/17). Mengisahkan seorang ayah yang hendak menyerahkan perniagaanya kepada 3 orang anak lelaki beliau.  Sebelum itu, anak-anak lelakinya perlu melalui satu ujian bagi membolehkan si ayah yakin bahawa anak tersebut mampu mengendalikan perniagaanya. Ujianny aadalah untuk si anak perlu menjual sikat kepada sami-sami budha yang terletak di atas gunung. Walaupun ketiga-tiga anak merasa ragu, almaklumla sami buddhakan botak, mana nak pakai sikat tetapi mereka menyahut juga cabaran si ayah.  Anak sulung memulakan cabaran dan berjaya menjual 2 buah sikat. Si ayah pun bertanya bagaimana kamu boleh menjual sikat tersebut dan si anak menjawab bahawa diberitahu kepada sami bahawa sikat ini boleh dibeli dan digunakan oleh mana-mana pengunjung yang memerlukannya nanti.  Seterusnya anak ke-2 pula mencuba nasib. Beliau berjaya mendapat tempahan 10 buah sikat. Si ayah terkejut dan bertanya bagaimana

Tahun Pertama Sebagai Budak PJJ

Image
Tahun pertama adalah tahun blurr dan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bak kata Dr. Ramanathan, bekas pensyarah di USM tahun pertama kebiasaannya pelajar umpama baby, siapa yang berjaya harungi rintangan akan berjaya meneruskan pengajian dan kebiasaannya kebanyakan pelajar keputusannya biasa-biasa sahaja. Memasuki tahun kedua pelajar telah mula celik mata dan pensyarah pun dah boleh mula lihat taring pelajar masing-masing. Masuk tahun ketiga dan keempat dah expert dan taring tu pun dah kelihatan dengan jelas.  Menurut Dr. Rama, kebiasaannya, masuk tahun ketiga rata-rata pelajar telah mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada keputusan peperiksaan masing-masing. Hakikatnya, nasihat saya dan juga salah seorang pensyarah saya iaitu Dr. Khairiah Salwa Mokhtar adalah sekiranya anda bercadang untuk menggenggam ijazah kelas pertama, seharusnya perjuangan telah bermula saat di tahun pertama lagi. Dua buah buku yang dihasilkan oleh Dr. Rama dan rasa bertuah bila

PAC S41 vs PAC M41

Alhamdulillah pada 16 Januari 2017 saya telah menghadiri PAC PTD M41 di INTURA, Sungai Petani. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa saya gagal pada sesi pertama PAC tersebut iaitu Sesi UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) dimana saya gagal mencapai BMI yang ditetapkan. UKJK ini akan melibatkan lima (5) ujian saringan iaitu :- Indek Jisim Tubuh (BMI)  a) Ketinggian.  b) Berat Badan.  c) Body Mass Index (BMI)  d) Syarat lulus BMI antara 19 - 29 (Saya hari tu, BMI 30.1, kata fasilitator dari KBS, kalau 29.9 pun tak apa, dia  oleh luluskan, tapi tak apala, da bukan rezeki saya) Ujian genggaman tangan untuk  mengukur kekuatan statik otot tangan  Ujian bangun tubi 1 minit untuk menguji daya tahan otot abdomen  Ujian duduk dan jangkau untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring  Ujian larian ulang alik 20 meter untuk mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum * Video-video ujian ini boleh didapati di youtube. Alhamdulillah, satu p

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Memulakan pengajian pada tahun 2012 dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2016. Pelbagai kenangan pahit dan manis dilalui dalam tempoh tersebut yang pastinya telah berjaya mendewasakan diriku ini. Berbalik pada tajuk post ini, saya pun pada awalnya tercari-cari sebanyak mana info yang boleh dapat sebelum memilih sesuatu bidang pengajian. Dari bertanya kepada senior sehinggala melayari pelbagai blog yang menceritakan pengalaman masing-masing. Unfortunately, pada penghujung carian anda, anda pasti akan menemui bahawa setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza, cerita yang berbeza-beza, di mana kesudahannya anda akan tidak faham selagi anda tidak melaluinya sendiri. Akhirnya saya memutuskan untuk memilih bidang pengajian Sains Politik yang menyebabkan orang disekeliling saya terlopong mendengarnya. What Political Science!!, nak jadi ahli politik ke?. Hakikatnya saya memilih bidang pengajian ini kerana ianya ada menawarkan subjek Pentadbiran Awam yang sangat dekat di

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Image
Post hari ni nak cerita tentang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kita ni budak PJJ USM . Almaklumla dah tua-tua sambung belajar, PJJ le gamatnya. Alhamdulillah telah berjaya menamatkan pengajian pada Jun 2016 dan convo pada Oktober 2016. Suami dan saya sama-sama sambung belajar tapi course yang berbeza. Saya ambik Sains Politik tapi dia pulak minat Pengurusan. Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan : Saya seorang je gegirl disitu 😊 Sekarang ni USM dah buka iklan untuk kemasukan PJJ USM. Siapa-siapa yang berminat boleh buat permohonan sehingga 7 April 2017 . Ni link untuk buat permohonan  https://pohon.usm.my/#close . Sebab utama USM menjadi pilihan di hati adala kerana kedudukan USM yang sangat dekat dengan rumah dan faktor kedua dan penyebab utama adalah kadar yurannya yang sangat murah dan berpatutan. Lagi satu kaedah pembelajaran yang tidak membebankan di mana pelajar tidak diwajibkan hadir pada setiap kelas yang akan diadakan kerana rakaman akan dibuat dan diupload

AbOut My SelF

Image
Untuk first post ini saje nak ceritak tentang diriku ini yang menggambarkan bagaimana tajuk blog ni dicipta. Asal JayBee tapi kini menetap di Pulau Pinang. Bila sebut Penang ni, orang akan tanya duk pulau ke duk seberang. Cheq ni orang pulau, dari rumah cheq boleh nampak KOMTAR, bangunan tertinggi di Pulau Pinang 😁. Mendirikan rumah tangga bersama orang Penang, maka bermulalah kehidupan cheq dari bangsa Johor kepada Penangites. Maka sebab itulah blog ini dinamakan JB to Penang. Dikurniakan dua orang putera sebagi penyeri kehidupan. Blog ni saje-saje je dicreate untuk berkongsi segala rencah kehidupan. Sejak dulu memang minat menulis, darila nak belajar kesusasteraan melayu ke cita-cita menjadi penulis novel yang tak pernah kesampaian dan sekrang ni minat menulis mula bercambah semula apabila dipaksa menulis untuk siapkan assignment 📖💻📃. My Family 💞