Sami Buddha dan Sikat

Ini adalah satu kisah pengajaran yang saya dengar di radio THR Raaga pada pagi ini (Isnin, 28/8/17). Mengisahkan seorang ayah yang hendak menyerahkan perniagaanya kepada 3 orang anak lelaki beliau. 

Sebelum itu, anak-anak lelakinya perlu melalui satu ujian bagi membolehkan si ayah yakin bahawa anak tersebut mampu mengendalikan perniagaanya. Ujianny aadalah untuk si anak perlu menjual sikat kepada sami-sami budha yang terletak di atas gunung.

Walaupun ketiga-tiga anak merasa ragu, almaklumla sami buddhakan botak, mana nak pakai sikat tetapi mereka menyahut juga cabaran si ayah. 

Anak sulung memulakan cabaran dan berjaya menjual 2 buah sikat. Si ayah pun bertanya bagaimana kamu boleh menjual sikat tersebut dan si anak menjawab bahawa diberitahu kepada sami bahawa sikat ini boleh dibeli dan digunakan oleh mana-mana pengunjung yang memerlukannya nanti. 

Seterusnya anak ke-2 pula mencuba nasib. Beliau berjaya mendapat tempahan 10 buah sikat. Si ayah terkejut dan bertanya bagaimana kamu berjaya mendapat tempahan sebanyak itu? Maka menjawabla si anak bahawa dia mencadangkan kepada sami budha untuk menjual sikat tersebut kepada pengunjung dan boleh dijadikan dana. 

Akhirnya, anak ke-3 memulakan cabaran. Sekembalinya dia dari gunung dan dengan gembiranya dia memberitahu si ayah bahawa dia berjaya mendapat sebanyak 1000 tempahan. Maka si ayah pun terkejut dan bertanya bagaimanakah kamu menjualnya? Si anak pun menjawab, aku menyarankan agar sami budha menjadikan sikat ini sebagai cenderahati kepada pengunjung-pengunjung di situ. Mereka merasa gembira dan pastinya setiap kali sikat itu digunakan, pengunjung akan sentiasa mengingati mereka.

Maka dengan itu, si ayah pun menyerahkan perniagaanya kepada anak ke-3 untuk diusahakan. Moral of the story, ketiga-tiga anak diberi situasi yang sama, peluang yang sama tetapi cara bagaimana kita mengendalikan situasi itu akan memberikan kesan kepada kehidupan kita.

Sebegitu jualah kita khususnya sebagai umat Islam, Allah memberi kita tempoh masa yang sama pada setiap orang iaitu 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Maka terpulang pada kita untuk mengusahakan masa yang diberi agar kita terpelihara di akhirat nanti. 

Begitu jua dalam soal rezeki, setiap orang diberi peluang yang sama untuk mencari rezeki, maka terpulang kepada kita bagaimana RM 1 hendak dijadikan RM 100 / RM 1000 dan seterusnya. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Jadikan akhirat misi kita, pastinya dunia akan milik kita.

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41