Posts

Showing posts from April, 2018

Tahun Ke-2 Sebagai Budak PJJ

Tahun kedua pengajian saya adalah pada sidang akademik 2013/2014. Tahun dua ni, saya masih blurr lagi tapi ada celik sikit. Kelebihan saya pada tahun ini adalah saya berjaya bentuk kumpulan tugasan yang bertahan hingga ke tahun akhir. Alhamdulillah walaupun dalam group ni ada semua spesis geng tugasan (yang rajin ada, yang malas ada, yang suam-suam kuku ada) tapi yang penting kerjasama dan kepercayaan di antara satu sama lain. Akhirnya kami berlima berjaya mengharunginya jua.  Di tahun kedua ini saya mengambil lapan mata pelajaran iaitu :- JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial oleh Dr. Zurina Mohd Radzi Masa  ni, saya masih tak jatuh cinta lagi dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Saya lebih menghafal apa yang diajarkan oleh pensyarah. Saya mula jatuh cinta dalam bidang Antropologi semasa tahun ke-3 apabila mengambil subjek Isu Terpilih Perbandaran di Negara Membangun oleh Dr. Suresh. Saya baru nampak hala tuju bidang ini dan lagi seronok bila belajar subjek Penyelewengan, Konf