Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM
Post hari ni nak cerita tentang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Kita ni budak PJJ USM . Almaklumla dah tua-tua sambung belajar, PJJ le gamatnya. Alhamdulillah telah berjaya menamatkan pengajian pada Jun 2016 dan convo pada Oktober 2016. Suami dan saya sama-sama sambung belajar tapi course yang berbeza. Saya ambik Sains Politik tapi dia pulak minat Pengurusan.
Bergambar bersama rakan-rakan seperjuangan : Saya seorang je gegirl disitu š |
Sebab utama USM menjadi pilihan di hati adala kerana kedudukan USM yang sangat dekat dengan rumah dan faktor kedua dan penyebab utama adalah kadar yurannya yang sangat murah dan berpatutan. Lagi satu kaedah pembelajaran yang tidak membebankan di mana pelajar tidak diwajibkan hadir pada setiap kelas yang akan diadakan kerana rakaman akan dibuat dan diupload pada website nanti tapi kalau dapat hadir lagi bagusla. Cumanya nanti dalam bulan Januari / Februari akan diadakan Kursus Intensif di mana pelajar akan diwajibkan berkampung di USM dalam tempoh 2-3 minggu. Sepanjang kursus intensif, kita akan mengikuti kelas macam pelajar full time, ada peperiksaan berterusan (PB) dan ini jugala masanya untuk kita berjumpa secara bersemuka dengan pensyarah dan kawan-kawan kita yang akan datang dari seluruh Malaysia.
Bila disebut PJJ ramai akan menyangka alah PJJ, senang je tu nak score, tak macam budak full time. Ini adalah satu stigma masyarakat yang harus diperbetulkan. Actually, budak full time ke, budak PJJ ke kalau niatnya memang ikhlas nak belajar, saya yakin dia akan bersungguh-sungguh untuk peroleh ilmu tersebut. Yup, saya akui tahun pertama dan kedua saya agak terumbang-ambing sedikit, tapi alhamdulillah dari tahun ke-3 saya telah mula belajar kenapa suatu masa dulu kita pandang tinggi pada orang yang ada degree. Memang ada bezanya bila kita capai setiap peringkat akademik yang diwujudkan oleh manusia dan pastinya nilai yang tidak terhingga adalah apabila ilmu tersebut berjaya mematangkan diri dan membuka lebih luas tirai kebesaran ilmu Allah. Saya masih ingat kata-kata kawan saya, penghujung suatu ilmu adalah apabila kita menemui bahawa kebesaran itu adalah milik Allah. Tidak hairanla sekiranya banyak pengkaji-pengkaji yang bukan Islam akhirnya masuk Islam apabila menemui kebesaran Allah ini.
So, kepada rakan-rakan, adik-adik diluar yang bercita-cita untuk sambung belajar, USM pastinya boleh dijadikan pilihan. Keadaan ekonomi yang semakin tenat dan tidak menentu, pastinya kos pengajian di USM tidak akan membebankan tuan-tuan / puan-puan. Next entry nanti saya akan ceritakan tentang course saya ambik iaitu Sains Politik (Major) dan Antropologi dan Sosiologi (Minor).
nanti ada masa share la pengalaman pjj ni lagi
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesaya skrg ambik major bilogi..bercadang nk ambik sains politik as minor..nak tanya susah ke belajar sains politik? boleh share pengalaman?
ReplyDeleteSiapa minat sejarah dan politik, sains politik akan lebih mudah untuknya. Selain tu, klu yg jenis rajin baca paper pun boleh score subjek ni...sains politik byk berkisarkan kisah2 lpas yg memerlukan kita hafal dan tahu peristiwa tersebut
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIn sha Allah nanti saya update
ReplyDeleteSama la saya pun pelajar major sp minor ansos, Alhamdulillah akan masuk tahun ketiga sept nanti.. Gembira jumpa blog puan.
ReplyDeleteAlhamdulillag
DeleteAs Salam
ReplyDeleteSaya berminat nak sertai PJJ USM (InsyaAllah tahun depan nak daftar) tapi boleh saya tahu pasal kelas intensif tu? sbb saya bertanya kepada pegawai USM masa program Jom Masuk U, dia cuma cakap datang sekali sahaja masa awal2 tu..
Assalamualaikum kak..sy bakal pelajar pjj bg kos sains politik. Blh bg tips macam mana nak dapatkan nota atau buku2 atau akak ada buku2 yg nk dijual ? Blh contact sy 01112279153 anifa. Terima kasih.
ReplyDeletetq ats sharing menarik....selit sedikit kot ada mencari.Akak mengambil upah utk asgmt or repair thesis .Nak tulis thesis or edit or translate pun boleh.Bidang yg diambil meliputi MBA, bis,law ,finance eco and nursing area pun boleh.Utk penulisan nursing berkaitan reflection/evidence base study boleh.Analisis spss pun boleh.Wsp aje 0166371460 for info ya.Kot takde masa siapkan asgmt ke/kuiz ke akak bantu for PJJ only.
ReplyDelete