Posts

Showing posts from 2018

Tahun Ke-2 Sebagai Budak PJJ

Tahun kedua pengajian saya adalah pada sidang akademik 2013/2014. Tahun dua ni, saya masih blurr lagi tapi ada celik sikit. Kelebihan saya pada tahun ini adalah saya berjaya bentuk kumpulan tugasan yang bertahan hingga ke tahun akhir. Alhamdulillah walaupun dalam group ni ada semua spesis geng tugasan (yang rajin ada, yang malas ada, yang suam-suam kuku ada) tapi yang penting kerjasama dan kepercayaan di antara satu sama lain. Akhirnya kami berlima berjaya mengharunginya jua.  Di tahun kedua ini saya mengambil lapan mata pelajaran iaitu :- JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial oleh Dr. Zurina Mohd Radzi Masa  ni, saya masih tak jatuh cinta lagi dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Saya lebih menghafal apa yang diajarkan oleh pensyarah. Saya mula jatuh cinta dalam bidang Antropologi semasa tahun ke-3 apabila mengambil subjek Isu Terpilih Perbandaran di Negara Membangun oleh Dr. Suresh. Saya baru nampak hala tuju bidang ini dan lagi seronok bila belajar subjek Penyelewengan, Konf

Temuduga Pegawai Tadbir N41

Hi Semua... Hari ini 12/1/2018 saya berkesempatan untuk menghadiri temuduga jawatan Pegawai Tadbir N41 khusus untuk Kementerian Kesihatan. Panel temuduga hari ini terdiri daripada Y. Bhg. Dato' Selwyn Vijayarajan Das selaku Pengerusi dan wakil jabatan Kementerian Kesihatan adalah Encik Kanpidan (maaf kalau salah ejaan / sebutan). Alhamdulillah, kedua-dua panel sporting, baik dan sangat membantu. Tidak seperti sesi temuduga sebelum ini, tiada sesi perkenalkan diri tetapi panel cuma mengesahkan beberapa maklumat diri seperti akademik, tempat kerja dan sebagainya. Selepas itu, pengerusi menyerahkan sesi temuduga kepada panel ke-2. Antara soalan-soalan yang ditanya :- a) Adakah anda tahu tugas jawatan ini?.  Tugas pegawai tadbir merangkumi pelbagai bidang termasuk pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Lebih kurang sahaja tugas dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.  b) Panel tu kata, ada lebih ada kurang dengan PTD. Adakah anda tahu jawatan ini untuk tugas apa? Jawata