PAC S41 vs PAC M41

Alhamdulillah pada 16 Januari 2017 saya telah menghadiri PAC PTD M41 di INTURA, Sungai Petani. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa saya gagal pada sesi pertama PAC tersebut iaitu Sesi UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) dimana saya gagal mencapai BMI yang ditetapkan. UKJK ini akan melibatkan lima (5) ujian saringan iaitu :-

  1. Indek Jisim Tubuh (BMI) 
    a) Ketinggian. 
    b) Berat Badan. 
    c) Body Mass Index (BMI) 
    d) Syarat lulus BMI antara 19 - 29 (Saya hari tu, BMI 30.1, kata fasilitator dari KBS, kalau 29.9 pun tak apa, dia  oleh luluskan, tapi tak apala, da bukan rezeki saya)
  2. Ujian genggaman tangan untuk  mengukur kekuatan statik otot tangan 
  3. Ujian bangun tubi 1 minit untuk menguji daya tahan otot abdomen 
  4. Ujian duduk dan jangkau untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring 
  5. Ujian larian ulang alik 20 meter untuk mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum
* Video-video ujian ini boleh didapati di youtube.

Alhamdulillah, satu pengalaman yang sangat berharga dapat melalui UKJK ni. Dikala ada pusat yang menghantar pulang calon yang BMInya lebih tanpa melalui ujian-ujian lain tapi di INTURA berbeza, calon dibenarkan melakukan setiap ujian saringan dan diakhirnya dimaklumkan keputusan calon. Pada awalnya saya ingatkan ada harapan apabila calon BMI lebih dibenarkan untuk melalu ujian saringan dan tambahan pula 2 daripada 4 ujian saringan saya mendapat markah penuh 5 kecuali ujian duduk jangkau dan ujian larian ulang alik yang hanya mendapat markah 3. Namun, realitinya tidak, kecundang jua akhirnya dan calon yang tidak berpuas hati boleh merujuk kepada pegawai KBS mengenai alasan kegagalan mereka. Alasan kegagalan saya adalah BMI. Tak apa, bukan rezeki saya walaupun pada awal macam susah nak terima kenyataan.

Sekadar itu sahaja pengalaman PAC PTD saya tetapi alhamdulillah pada 24 Mei 2017, sekali lagi saya mendapat peluang untuk menghadiri PAC. Kali ni PAC Pegawai Penerangan, Jabatan Penerangan Malaysia pula. Perbezaan diantara PAC PTD dan PAC Pegawai Penerangan adalah PAC PTD terdapat UKJK dan ujian bertulis, tetapi 2 komponen ini tiada semasa PAC Pegawai Penerangan. Persamaan kedua-dua PAC ini adalah :-
  1.  Debat ala parlimen (Tajuk : Graduan Malaysia Manja, Bahaskan)
  2. Perbincangan Kumpulan Dalam Bahasa Melayu ( Tajuk : Buat kertas kerja mengenai Hari Anti Pemerdagangan Manusia)
  3. Perbincangan Kumpulan Dalam Bahasa Inggeris (How To Cultivate Patriotism Among Youth)
  4. Pidato ( Tajuk : UTC)
  5. Public Speaking (Tajuk : Unity Through Sport)
Satu pengalaman yang sangat-sangat berharga. Pelbagai perasaan bercampur aduk sepanjang sesi PAC ni, takut, gementar, gembira, seronok, berjumpa kawan-kawan baru, berkongsi pengalaman dan sebagainya. Isu-isu yang dibincangkan adalah isu-isu semasa. Nasihat saya, hadirla dengan membawa sedikit maklumat di tangan. Contohnya, dapatkan statistik mengenai penduduk Malaysia, pengangguran, graduan dan sebagainya agar data-data ini dapat digunakan sebagai sokongan semasa berhujah, tak adalah hujah kosong sahaja nanti.

Alhamdulillah, saya lulus PAC Pegawai Penerangan ini dan dijadualkan untuk hadir temuduga pada 15 Ogos 2017 di Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 40, KOMTAR. Pada awalnya saya dan kawan-kawan yang lain menjangkakan ada kekosongan yang banyak disebabkan perlu melalui tapisan PAC tetapi statistik SPA menunjukkan hanya ada 3 kekosongan dan 50 calon simpanan yang diperlukan. Seramai 700 orang calon dipanggil untuk temuduga. Bak kata semua rezeki tak pernah salah alamat dan yang paling berharga adalah pengalaman.

In Sha Allah, dientry seterusnya saya akan menceritakan pengalaman temuduga saya untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (yang ni tak kena PAC) serta temuduga untuk jawatan Pegawai Penerangan S41.

Sedikit tips untuk sesiapa yang mendapat panggilan PAC :-
  1. Dapatkan info mengenai segala produk-produk kerajaan yang terkini (Produk 1Malaysia).
  2. Isu-isu semasa (bacala surat khabar sekurang-kurangnya dari tarikh dapat surat panggilan PAC).
  3. Cuba untuk bercakap di hadapan kawan-kawan untuk bagi hilang gemuruh khususnya kepada siapa yang tak berbiasa Bahasa Inggeris.
  4. Berlatih untuk menulis kerana ianya penting untuk kita olah isi semasa sesi pidato / public speaking.

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41