Sami Buddha dan Sikat
Ini adalah satu kisah pengajaran yang saya dengar di radio THR Raaga pada pagi ini (Isnin, 28/8/17). Mengisahkan seorang ayah yang hendak menyerahkan perniagaanya kepada 3 orang anak lelaki beliau. Sebelum itu, anak-anak lelakinya perlu melalui satu ujian bagi membolehkan si ayah yakin bahawa anak tersebut mampu mengendalikan perniagaanya. Ujianny aadalah untuk si anak perlu menjual sikat kepada sami-sami budha yang terletak di atas gunung. Walaupun ketiga-tiga anak merasa ragu, almaklumla sami buddhakan botak, mana nak pakai sikat tetapi mereka menyahut juga cabaran si ayah. Anak sulung memulakan cabaran dan berjaya menjual 2 buah sikat. Si ayah pun bertanya bagaimana kamu boleh menjual sikat tersebut dan si anak menjawab bahawa diberitahu kepada sami bahawa sikat ini boleh dibeli dan digunakan oleh mana-mana pengunjung yang memerlukannya nanti. Seterusnya anak ke-2 pula mencuba nasib. Beliau berjaya mendapat tempahan 10 buah sikat. Si ayah terkejut dan berta...