Rindu Tak Bertepi

Dua sabtu lepas terima panggilan dari mak, katanya jangan terkejut. Dah agak dah, mesti ada berita sedih yang hendak disampaikan.

Mak nak bagitahu ni, mama (panggilan kami untuk nenek) dah tak ada. Mama meninggal pukul 6.41 pagi tadi. Allahu Akbar, terasa kosong, rasa lemah, setiap kali habis solat mesti berjurai air mata sampai anak pun naik pelik tgk maknya tak habis menangis.

Sejak kehilangan arwah ayah 19 tahun lalu, mama umpama tulang belakang kepada mak kami. Dalam suka duka kehidupan mak, mamala orang pertama yang akan ada. Masa mama sihat, pantang dengar kami dah balik, dia akan sampai dulu jenguk kami sebelum kami jenguk dia. Akan usaha masak makanan kegemaran kami.

Semua ini jadi kenangan sehinggala mama diuji dengan strok. Percakapan mama mula x jelas. Lama kelamaan, mama dah tak mampu nak urus diri mama, dari berkerusi roda sampai terbaring tapi apa yang kami semua kagum adalah rasa tanggungjawab mama dalam menunaikan solat. Dalam terlantar tu pun, awal pagi dah mula kejut semua bangun dan minta  disiapkan diri dia untuk solat. Allahu malunya nak ngaku cucu dia, acpakali juga tergelincir dari menunaikan tanggungjawab satu ini kepada Maha Pencipta.

Benar kata orang bila ada depan mata tidak dihargai, bila dah tak ada baru nak menyesal. Hanya satu pesan pada diri sendiri dan pada semua, hargai keluarga terutama mak ayah selagi ada kerana kita tidak pasti jumlah jam yang telah dijanjikan oleh Allah. Berdoa juga agar pandemik ini akan cepat berakhir, agar kita dapat pulang ke kampung dan berkumpul seperti dahulu.😭

Benar jua iman tidak dapat diwarisi. Moga contoh dan tauladan yang diberikan oleh mama akan dijadikan sumber inspirasi kepada kami.

Masih teringat lagi kain pasang pertama yang dihadiakan oleh mama untuk saya. Berwarna coklat gelap dan saya amat-amat sayang baju tu sebab saya memang peminat warna-warna macam tu. Ada sekeping gambar pakai baju tu, tapi tak tahu kemana hilangnya gambar tu.

Mama....sesungguhnya kami akan merindui mama terutama mak. Saya tahu mak dengan mama ada satu hubungan ibu dan anak yang sangat istimewa dan kamu saling bergantungan. Moga mak juga tabah hadapi ujian ini.

Ya Allah kau ampunkanlah dosa arwah nenek ku, tempatkanlah dia di syurga bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh, perluaskanlah kuburnya dan selamatkan dia dari seksaan kubur. Amin!

Comments

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41