Tahun Ke-2 Sebagai Budak PJJ

Tahun kedua pengajian saya adalah pada sidang akademik 2013/2014. Tahun dua ni, saya masih blurr lagi tapi ada celik sikit. Kelebihan saya pada tahun ini adalah saya berjaya bentuk kumpulan tugasan yang bertahan hingga ke tahun akhir. Alhamdulillah walaupun dalam group ni ada semua spesis geng tugasan (yang rajin ada, yang malas ada, yang suam-suam kuku ada) tapi yang penting kerjasama dan kepercayaan di antara satu sama lain. Akhirnya kami berlima berjaya mengharunginya jua. 

Di tahun kedua ini saya mengambil lapan mata pelajaran iaitu :-

JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial oleh Dr. Zurina Mohd Radzi
Masa  ni, saya masih tak jatuh cinta lagi dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Saya lebih menghafal apa yang diajarkan oleh pensyarah. Saya mula jatuh cinta dalam bidang Antropologi semasa tahun ke-3 apabila mengambil subjek Isu Terpilih Perbandaran di Negara Membangun oleh Dr. Suresh. Saya baru nampak hala tuju bidang ini dan lagi seronok bila belajar subjek Penyelewengan, Konflik dan Pengawal Sosial semasa tahun 4. Bidang ini lebih kepada hal-hal dipersekitaran kita yang berlaku di dalam kehidupan seharian.

JKA 314 - Agama dan Masyarakat 
Walaupun ini adalah subjek di tahun ke-3 tapi saya dan rakan-rakan bersetuju untuk mengambilnya pada tahun ke-2. Tidak ada banyak yang hendak saya perkatakan mengenai subjek ini kerana secara kebetulan pensyarah yang mengajar kami adalah pensyarah ganti dan selebihnya biarlah rahsia.

JKP 211 - Pentadbiran Awam oleh Dr. Khairiah Salwa Mokhtar
Walaupun ini adalah subjek kegemaran saya tapi sejujurnya saya kosong sehingga peperiksaan intensif. Saya sendiri tak faham kenapa otak saya susah sangat nak menerima konsep pentabiran awam seperti artifek, opsyen, nilai dan sebenarnya. Saya mula cover balik subjek ini selepas kursus intensif. Malangnya saya hanya berjaya mendapat A- tapi saya cover balik di tahun ke-3 dan ke-4.

JKP 212 - Hubungan Antarabangsa oleh Dr. Raihan
Subjek ini pun saya blurr. Saya memang "zero" tentang isu-isu luar negara. Saya tak pernah ambik tahu tentang World War I ke II ke apatah lagi tentang isu-isu antarabangsa. Makanya, keputusan saya tidaklah begitu memberangsakan hanya B+ sahaja dan lebih malang lagi saya masih degil untuk mengambil tahu isu-isu antarabangsa sehinggala masuk ke tahun 4. Saya mula menyedari isu -isu antarabangsa  melalui pembacaan jurnal-jurnal semasa membuat tugasan. Makanya, saya hendak tengaskan lagi, pembacaan pelbagai bahan ilmiah adalah sangat penting untuk menjadikan kita sorang pelajar yang berjaya.

JKP 213 - Falsafah Politik oleh Dr. Low Yong San
😑 Ntahlah labu....susah nak digambarkan perasaan saya tentang subjek ini. Zero + blurr + What?? + Confuse dan segala macam perasaan lagi. Kalau tak silap saya, saya tak cukup jawab soalan semasa final dan ini adalah paper di mana dewan exam menjadi lengang pada kadar kelajuan yang sangat tinggi.

JKP 214 - Politik Perbandingan oleh Dr. Wan Asna
Subjek yang masih boleh tarik nafas. Masih boleh faham apa yang diajari dan adalah berlaku perhubungan sel-sel otak disitu.

JUE 200 - Bahasa Inggeris I

JUS 101 - Teras Keusahawanan
Untuk subjek ini, anda dikehendaki untuk menyediakan Rancangan Perniagaan masing-masing. Tugasan dalam kumpulan dan alhamdulillah disebabkan salah seorang ahli kumpulan saya memang sedang berniaga mart, jadi ianya banyak membantu kami.

Kesimpulannya, tahun kedua adalah tahun penuh keblurrran saya dan ianya juga adalah tahun yang membuka mata saya untuk pleaaaseee nisah Wake Up!!!!. Alhamdulillah ada kemajuan di tahun ke-3. Kunci kepada kejayaan adalah membaca dan rajin-rajinlah berbincang dan berjumpa dengan pensyarah anda.

Comments

  1. hai.saya baru nk mohon untuk pjj degree sains kemasyarakatan (fikir nak major ekonomi) ekonomi susah ke? btw saya penjawat awam.please reply ASAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. pening kepala..... ramai elak ambik ekonomi , but depends la kalau minat

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM

Temuduga Pegawai Tadbir N41