Temuduga Pegawai Tadbir N41

Hi Semua...

Hari ini 12/1/2018 saya berkesempatan untuk menghadiri temuduga jawatan Pegawai Tadbir N41 khusus untuk Kementerian Kesihatan. Panel temuduga hari ini terdiri daripada Y. Bhg. Dato' Selwyn Vijayarajan Das selaku Pengerusi dan wakil jabatan Kementerian Kesihatan adalah Encik Kanpidan (maaf kalau salah ejaan / sebutan). Alhamdulillah, kedua-dua panel sporting, baik dan sangat membantu.

Tidak seperti sesi temuduga sebelum ini, tiada sesi perkenalkan diri tetapi panel cuma mengesahkan beberapa maklumat diri seperti akademik, tempat kerja dan sebagainya. Selepas itu, pengerusi menyerahkan sesi temuduga kepada panel ke-2. Antara soalan-soalan yang ditanya :-

a) Adakah anda tahu tugas jawatan ini?. 
Tugas pegawai tadbir merangkumi pelbagai bidang termasuk pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Lebih kurang sahaja tugas dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik. 

b) Panel tu kata, ada lebih ada kurang dengan PTD. Adakah anda tahu jawatan ini untuk tugas apa?
Jawatan ini adalah khusus untuk Pegawai Rekod Perubatan di Kementerian Kesihatan.

c) Sila senaraikan tugas-tugas Pegawai Rekod?
Penerimaan rekod yang meliputi tugas pembukaan, pengemaskinian dan pelupusan rekod. Tugas-tugas pentadbiran dan kewangan.

d) Selain dari itu, apa lagi tugas Pegawai Rekod?
Maaf tuan, saya tak pasti. Lepas tu panel pun jawabkan yang selain tugas seperti di atas, pegawai rekod juga perlu sediakan laporan perubatan apabila diminta. 

Kemudian panel kedua menanyakan apakah tahap kemahiran IT anda. Apakah kemampuan IT anda? Dari 10 markah, berapa awak bagi untuk diri awak?
Saya jawab saya biasa dengan dunia IT dan masih dalam proses pembelajaran agar tidak ketinggalan. Saya bagi 7 markah untuk diri saya.

e) Next question please answer in English. How do MOH manage this record?
MOH are using one patient, one folder policy. Thats mean any departmen, or any treatment you received all the doctors will use only that one folder as a reference. Our IC number will be the reference number. Managing the record would involving creating document, keeping the document, managing the document and lastly how to lupus the document.

Hentam je la dalam BI.

f) Saya lihat keputusan Bahasa Inggeris awak bagus tetapi communication skill awak tidak seberapa. Kenapa dan apakah cara-cara yang awak ambik untuk memperbaikinya?.
Terima kasih atas teguran yang diberi. Suasana pekerjaan telah menyebabkan saya tidak berada dalam situasi yang mendesak saya berbahasa Inggeris sentiasa. Kini saya sedang cuma memperbaikinya dengan bercakap BI dgn anak-anak saya, membaca surat khabar BI dan sebagainya.

Panel tersebut menerangkan bahawa tugas Pegawai Rekod akan sentiasa berurusan dengan para doktor. Kebanyakan doktor adalah lepasan luar negara dan bahasa komunikasi utama mereka adalah BI. Jadi anda perlu mempunyai kemahiran penguasan BI secara baik kerana bagi doktor nyawa pesakit adalah utama. Mereka boleh sahaja pd minit pertama senyum bergurau dengan awak tetapi 10 minit kemudian datang marah awak hanya kerana awak lambat atau salah memberikan dokumen. Ini adalah kerja yang berisiko. Penguasaan BI adalah sangat penting dan saya rasakan awak perlu polish lg BI. 😀

Saya terima teguran tuan dan akan cuba perbaiki lagi communication skill saya dan panel ke-2 pun menyerahkan sesi IV kepada panel pertama.

Panel pertama menyatakan anda tahukan tugas ini mengenai apa. Jadi daripada sesi IV ini kami dapati anda perlu polish communication skill awak. Apakah yang anda hendak lakukan?

Saya akan cuba baiki cara komunikasi saya dalam BI. Seperti yang dinyatakan tadi saya akan cuba lebih kerap untuk berbahasa dengan anak-anak saya dan sebagainya.

Bagaimana awak membaca surat khabar STAR?
Saya baca secara senyap, sorang-sorang.

Panel memberitahu itu adalah kaedah yang silap. Ambik satu artikel dan baca kuat menghadap cermin kerana diri awak sendiri adalah guru yang terbaik untuk awak.

Akhir sekali kedua-dua menyatakan good luck.

Kesimpulannya, ini IV kali ke-3 untuk saya dalam pencarian untuk mendapatkan jawatan pegawai. Saya seronok dan saya agak berpuas hati dengan sesi IV ini. IV kali ini memberi saya kesedaran tentang keperluan untuk saya membaiki lagi communication skill. In Sha Allah, next IV sekiranya ada rezeki, kita gi dengan wajah baru.

*Ni bukanlah full conversation saya tetapi lebih kurang macam nilah soalan-soalan yang ditanya. Tentu sahaja ada ayat-ayat atau perbualan lain yang berlaku di antara sesi tersebut. 

In Sha Allah, ada rezeki saya update IV saya untuk jawatan Pegawai Penerangan dan Pegawai Pembangunan Masyarakat. Walaupun saya gagal pada kedua-dua IV ini tetapi tanpa saya sedar pengalaman yang saya dapat mendewasakan saya. Alhamdulillah keyakinan diri semakin meningkat dan ilmu menghadiri IV pun makin bertambah.


***Result da kuar pd 27/2/18 : Dukacita dimaklumkan saya gagal. Its ok, better luck next time.

Comments

  1. As salam Tuan. Saya tengah survey untuk buat degree hujung tahun ini. Nak tanya e PPJ USM kelas di mana? Exam di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You will be given login details to the PJJ learning portal once you have attended the orientation. The intake is currently open until middle of October so to make it in this year (2019) you will need to hurry and get your pin number from BSN and register for your program of choice.

      Exams are taken at the "pusat wilayah" of your choice. You can choose from available centres upon registration and can change it during the duration of your program.

      Delete
  2. Salam tuan. Saya nk tnya selepas exam online pegawai tadbir rekod Perubatan. Proses seterusnya adalah interview ke tuan? Tiada ujian fizikal dan PAC seperti PTD kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), USM