Posts

Rindu Tak Bertepi

Image
Dua sabtu lepas terima panggilan dari mak, katanya jangan terkejut. Dah agak dah, mesti ada berita sedih yang hendak disampaikan. Mak nak bagitahu ni, mama (panggilan kami untuk nenek) dah tak ada. Mama meninggal pukul 6.41 pagi tadi. Allahu Akbar, terasa kosong, rasa lemah, setiap kali habis solat mesti berjurai air mata sampai anak pun naik pelik tgk maknya tak habis menangis. Sejak kehilangan arwah ayah 19 tahun lalu, mama umpama tulang belakang kepada mak kami. Dalam suka duka kehidupan mak, mamala orang pertama yang akan ada. Masa mama sihat, pantang dengar kami dah balik, dia akan sampai dulu jenguk kami sebelum kami jenguk dia. Akan usaha masak makanan kegemaran kami. Semua ini jadi kenangan sehinggala mama diuji dengan strok. Percakapan mama mula x jelas. Lama kelamaan, mama dah tak mampu nak urus diri mama, dari berkerusi roda sampai terbaring tapi apa yang kami semua kagum adalah rasa tanggungjawab mama dalam menunaikan solat. Dalam terlantar tu pun, awal pagi dah mula kejut

Tahun Ke-2 Sebagai Budak PJJ

Tahun kedua pengajian saya adalah pada sidang akademik 2013/2014. Tahun dua ni, saya masih blurr lagi tapi ada celik sikit. Kelebihan saya pada tahun ini adalah saya berjaya bentuk kumpulan tugasan yang bertahan hingga ke tahun akhir. Alhamdulillah walaupun dalam group ni ada semua spesis geng tugasan (yang rajin ada, yang malas ada, yang suam-suam kuku ada) tapi yang penting kerjasama dan kepercayaan di antara satu sama lain. Akhirnya kami berlima berjaya mengharunginya jua.  Di tahun kedua ini saya mengambil lapan mata pelajaran iaitu :- JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial oleh Dr. Zurina Mohd Radzi Masa  ni, saya masih tak jatuh cinta lagi dengan bidang Antropologi dan Sosiologi. Saya lebih menghafal apa yang diajarkan oleh pensyarah. Saya mula jatuh cinta dalam bidang Antropologi semasa tahun ke-3 apabila mengambil subjek Isu Terpilih Perbandaran di Negara Membangun oleh Dr. Suresh. Saya baru nampak hala tuju bidang ini dan lagi seronok bila belajar subjek Penyelewengan, Konf

Temuduga Pegawai Tadbir N41

Hi Semua... Hari ini 12/1/2018 saya berkesempatan untuk menghadiri temuduga jawatan Pegawai Tadbir N41 khusus untuk Kementerian Kesihatan. Panel temuduga hari ini terdiri daripada Y. Bhg. Dato' Selwyn Vijayarajan Das selaku Pengerusi dan wakil jabatan Kementerian Kesihatan adalah Encik Kanpidan (maaf kalau salah ejaan / sebutan). Alhamdulillah, kedua-dua panel sporting, baik dan sangat membantu. Tidak seperti sesi temuduga sebelum ini, tiada sesi perkenalkan diri tetapi panel cuma mengesahkan beberapa maklumat diri seperti akademik, tempat kerja dan sebagainya. Selepas itu, pengerusi menyerahkan sesi temuduga kepada panel ke-2. Antara soalan-soalan yang ditanya :- a) Adakah anda tahu tugas jawatan ini?.  Tugas pegawai tadbir merangkumi pelbagai bidang termasuk pentadbiran, kewangan dan sebagainya. Lebih kurang sahaja tugas dengan Pegawai Tadbir dan Diplomatik.  b) Panel tu kata, ada lebih ada kurang dengan PTD. Adakah anda tahu jawatan ini untuk tugas apa? Jawata

Sami Buddha dan Sikat

Ini adalah satu kisah pengajaran yang saya dengar di radio THR Raaga pada pagi ini (Isnin, 28/8/17). Mengisahkan seorang ayah yang hendak menyerahkan perniagaanya kepada 3 orang anak lelaki beliau.  Sebelum itu, anak-anak lelakinya perlu melalui satu ujian bagi membolehkan si ayah yakin bahawa anak tersebut mampu mengendalikan perniagaanya. Ujianny aadalah untuk si anak perlu menjual sikat kepada sami-sami budha yang terletak di atas gunung. Walaupun ketiga-tiga anak merasa ragu, almaklumla sami buddhakan botak, mana nak pakai sikat tetapi mereka menyahut juga cabaran si ayah.  Anak sulung memulakan cabaran dan berjaya menjual 2 buah sikat. Si ayah pun bertanya bagaimana kamu boleh menjual sikat tersebut dan si anak menjawab bahawa diberitahu kepada sami bahawa sikat ini boleh dibeli dan digunakan oleh mana-mana pengunjung yang memerlukannya nanti.  Seterusnya anak ke-2 pula mencuba nasib. Beliau berjaya mendapat tempahan 10 buah sikat. Si ayah terkejut dan bertanya bagaimana

Tahun Pertama Sebagai Budak PJJ

Image
Tahun pertama adalah tahun blurr dan tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Bak kata Dr. Ramanathan, bekas pensyarah di USM tahun pertama kebiasaannya pelajar umpama baby, siapa yang berjaya harungi rintangan akan berjaya meneruskan pengajian dan kebiasaannya kebanyakan pelajar keputusannya biasa-biasa sahaja. Memasuki tahun kedua pelajar telah mula celik mata dan pensyarah pun dah boleh mula lihat taring pelajar masing-masing. Masuk tahun ketiga dan keempat dah expert dan taring tu pun dah kelihatan dengan jelas.  Menurut Dr. Rama, kebiasaannya, masuk tahun ketiga rata-rata pelajar telah mula menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan pada keputusan peperiksaan masing-masing. Hakikatnya, nasihat saya dan juga salah seorang pensyarah saya iaitu Dr. Khairiah Salwa Mokhtar adalah sekiranya anda bercadang untuk menggenggam ijazah kelas pertama, seharusnya perjuangan telah bermula saat di tahun pertama lagi. Dua buah buku yang dihasilkan oleh Dr. Rama dan rasa bertuah bila

PAC S41 vs PAC M41

Alhamdulillah pada 16 Januari 2017 saya telah menghadiri PAC PTD M41 di INTURA, Sungai Petani. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan bahawa saya gagal pada sesi pertama PAC tersebut iaitu Sesi UKJK (Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan) dimana saya gagal mencapai BMI yang ditetapkan. UKJK ini akan melibatkan lima (5) ujian saringan iaitu :- Indek Jisim Tubuh (BMI)  a) Ketinggian.  b) Berat Badan.  c) Body Mass Index (BMI)  d) Syarat lulus BMI antara 19 - 29 (Saya hari tu, BMI 30.1, kata fasilitator dari KBS, kalau 29.9 pun tak apa, dia  oleh luluskan, tapi tak apala, da bukan rezeki saya) Ujian genggaman tangan untuk  mengukur kekuatan statik otot tangan  Ujian bangun tubi 1 minit untuk menguji daya tahan otot abdomen  Ujian duduk dan jangkau untuk mengukur tahap kelenturan otot belakang dan otot hamstring  Ujian larian ulang alik 20 meter untuk mengukur tahap pengambilan oksigen maksimum * Video-video ujian ini boleh didapati di youtube. Alhamdulillah, satu p

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan

Memulakan pengajian pada tahun 2012 dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2016. Pelbagai kenangan pahit dan manis dilalui dalam tempoh tersebut yang pastinya telah berjaya mendewasakan diriku ini. Berbalik pada tajuk post ini, saya pun pada awalnya tercari-cari sebanyak mana info yang boleh dapat sebelum memilih sesuatu bidang pengajian. Dari bertanya kepada senior sehinggala melayari pelbagai blog yang menceritakan pengalaman masing-masing. Unfortunately, pada penghujung carian anda, anda pasti akan menemui bahawa setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza-beza, cerita yang berbeza-beza, di mana kesudahannya anda akan tidak faham selagi anda tidak melaluinya sendiri. Akhirnya saya memutuskan untuk memilih bidang pengajian Sains Politik yang menyebabkan orang disekeliling saya terlopong mendengarnya. What Political Science!!, nak jadi ahli politik ke?. Hakikatnya saya memilih bidang pengajian ini kerana ianya ada menawarkan subjek Pentadbiran Awam yang sangat dekat di